Awie dan anak-anak lebih bahagia tanpa Rozana

blogger templates

Kemelut rumah tangga vokalis kumpulan Wings dan pelakon Awie menjadi perhatian ramai apabila dia berdepan tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun kira-kira dua minggu lalu.
Walaubagaimanapun Awie bersyukur apabila dia berjaya mendapatkan hak penjagaan sementara ketiga-tiga anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4, di kala melalui tempoh sukar kerana mereka banyak memberinya kekuatan.
Dipetik daripada laporan Sinar Harian, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mengakui kehidupannya tidak banyak berubah selepas dia dan Rozana tidak tinggal sebumbung.
“Kehidupan kami berlangsung seperti biasa, tidak banyak yang berubah. Cuma pada bulan Ramadan lalu, buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya bangun pagi dan masak sahur buat mereka.

“Malah jika saya terlibat dengan penggambaran, bila ada masa rehat, saya akan pulang dan masak lauk untuk mereka berbuka. Saya mahu mereka rasa nikmat makan air tangan bapa mereka,” ujar Awie.
Selain tiga anak hasil perkahwinan dengan Rozana, dua anak perempuan hasil perkahwinannya dengan aktres Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha turut dijaga Awie yang mengakui kehidupannya mereka enam beranak cukup bahagia.
“Alhamdulillah setakat ini mereka tidak pernah komen apa-apa atau bertanya. Macam raya baru-baru ini, mereka nyatakan hasrat untuk ke Legoland dan saya bawa mereka ke sana. “Kami ‘happy’ hidup bersama dan saya kini hanya mahu kembalikan hak mereka yang hilang dan segala kerja keras saya selama ini dan seterusnya adalah untuk keselesaan anak-anak pada masa akan datang.
“Saya juga bersyukur kerana hak penjagaan kesemua anak-anak diberikan kepada saya dan apa pun terjadi saya akan pertahankan. Saya mahu mereka membesar di depan mata saya dan kalau apa-apa berlaku, biarlah berlaku di depan mata saya,” kata Awie lagi.
Dalam perkembangan lain, Awie, 45, kini sibuk dengan penggambaran filem terbarunya, “Warna Cinta Impian” yang baru saja bermula pada 11 Ogos lalu. Awie kembali bergandingan dengan Erra Fazira selepas kali terakhir bekerjasama dalam filem hampir 20 tahun lalu.
Selain daripada itu, Awie akan turut terlibat dengan teater “Supermokh The Musical” yang bakal dipentaskan tidak lama lagi.

0 Response to "Awie dan anak-anak lebih bahagia tanpa Rozana"

Post a Comment