Anda seorang cikgu sekolah? Ada add akaun FB anak murid anda jadi friend Facebook anda? Keluar kat newsfeed anda anak murid anda Like page "I Love Israel"? Apakah tindakan yang betul dan wajar yang perlu anda buat sebagai seorang cikgu kepadanya? Ya, mari kita boikot, pulau, ancam dan malukan dia beramai2. Jangan tegur dan bercakap dengan budak ini. Malu je kan ada anak murid macam ini?
Seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di Nibong Tebal disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan tindakannya menekan butang 'Like' I Love Israel di laman sosial Facebook yang mencetuskan kontroversi di kalangan warga sekolah itu.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan ACP Shafien Mamat berkata setakat ini polis telah merekod keterangan lima orang termasuk guru pelajar berusia 17 tahun itu.
"Semalam kami ambil keterangan pelajar berkenaan dan hari ini kami ambil keterangan tiga lagi rakannya berusia 17 tahun dan seorang guru berusia 40-an bagi membantu siasatan kes itu," katanya ketika dihubungi, di Nibong Tebal hari ini.Beliau berkata tindakan pelajar berkenaan menekan butang 'Like' itu menarik banyak komen antaranya daripada guru sekolah itu yang meluahkan rasa kecewa dan terdapat juga komen yang mengecam dan mencadangkan agar pelajar itu dibakar.Shafien berkata keadaan itu menyebabkan pelajar berkenaan berasa bimbang untuk ke sekolah berikutan menerima kecaman daripada guru dan rakan-rakan sekolahnya selepas tindakannya itu.Beliau berkata pelajar berkenaan yang berasa bimbang dengan keselamatannya membuat laporan polis di Balai Polis Tasek Mutiara dan menutup akaun Facebook miliknya.Shafien berkata pelajar lelaki itu mendakwa tindakan menekan butang 'Like' itu dilakukan secara tidak sengaja."Siasatan terbahagi kepada dua aspek iaitu mengapa pelajar itu menyokong laman berkenaan yang mencetuskan perbalahan dan berhubung ancaman yang diterimanya," katanya.
Mulia betul la cikgu2 budak tu kan sebagai para pejuang Palestin yang memboikot dan memulaukan anak muridnya sendiri yang TERTEKAN butang Like secara tak sengaja tu. Mungkin para pejuang ini juga boleh mula memboikot anak murid, kawan2 dan kenalan2 FBnya yang lain yang dengan sengajanya Like page2 seperti Koleksi Awek Melayu, Skandal Melayu, Gossip Artis Hot, Zouk, Pornstar, McDonalds dan juga fanpage Anwar Ibrahim.
Seriously, tak boleh tanya dulu ke anak murid tu dari terus menghukum dan memalukannya? Tak boleh tanya dia ke kenapa dia Like page tu? Boleh jadi dia Like page tu sebab dia nak tulis komen kat page tu? Dan kalau dia memang sengaja Like sebab memang sokong Israel pun, perlu ke terus menghukum dia macam tu? Tak boleh ke berbincang, berhujah, bagi nasihat dan penerangan sewajarnya? Lepas tu kalau dia still nak sokong Israel juga, pandangan dia adalah hak dia, tak perlu kita terus memulau dan mengajak orang lain turut sama memulaukan dan mengancam dia.
Sewajarnya cikgu adalah pendidik, bukan penghukum, lebih2 lagi menghukum tanpa selidik. Jangan tanya kenapa ada murid yang tidak hormat kepada guru, kerana sikap segelintir guru itu sendiri yang membuatkan mereka tidak layak dihormati oleh anak murid.
0 Response to "Guru pulau dan boikot anak murid yang LIKE page Israel"
Post a Comment