Gambar terkini kekasih terbaru Abby Abadi

blogger templates

Gagal 2 kali dalam perkahwinannya sebelum ini tidak menyebabkan Abby Abadi berputus asa untuk mencari cinta baru. Maklumlah, Abby pun masih muda dan cantik orangnya. Pasti ada jejaka di luar sana yang akan terpikat dengan bekas pelakon Gerak Khas ini. Terbaru menerusi satu gambar yang dikongsi di Instagram, Abby membayangkan yang dirinya seolah-olah telah menemui kekasih baru. Adakah Abby akan berkahwin sekali lagi dalam masa terdekat ini?

Menariknya komen daripada rakan Abby iaitu Azza juga seolah-olah mengiyakan perkara ini. Namun kebenarannya hanyalah diketahui oleh Abby. Mungkin ia sekadar gurauan semata-mata. Daripada pembacaan kami, si jejaka tersebut merupakan seorang ustaz.


Sekali pandang, kacak juga jejaka yang bernama Ustaz Khairul Azli ini. Ada iras-iras bekas suami kedua Abby. Mungkin ‘taste’ Abby memang sebegini rupa. Apa pun kekacakan tidak penting. Yang penting hati yang tulus mencintai. 



0 Response to "Gambar terkini kekasih terbaru Abby Abadi"

Post a Comment