Luahan Hati Siti Nurhaliza Tentang Kes Difitnah Oleh Fans Shila Amzah

blogger templates

Walaupun niat asal para peminat dan penyokong fanatik sesebuah kelab peminat artis hanyalah untuk memberi kata semangat kepada artis yang disukai mereka, namun akibat terlalu taksub niat tersebut telah bertukar menjadi kata berunsur fitnah kepada artis lain yang dibandingkan mereka.
Hal itu menyebabkan penyanyi tersohor negaram Dato’ Siti Nurhaliza terpaksa menegur peminat fanatik seorang penyanyi muda yang mencipta nama di China  kerana telah menabur fitnah dan mengada-adakan cerita di laman Instagram baru-baru ini.
Menurut laporan Berita Harian Online semalam, penyanyi tersohor tersebut tampil membersihkan namanya di portal suratkhabar tersebut serta menegur tindakan beberapa peminat fanatik kepada penyanyi muda itu  di Instagram.
“Siti sedar ada peminat fanatik yang tidak berfikir panjang dengan membuat andaian sebegitu. Siti sudah lali dengan keadaan begini. Memang ada masa peminat mahu mempertahankan artis kesayangan mereka dengan apa cara sekalipun.
“Cuma dalam isu membabitkan  ini, Siti tak seronok apabila andaian yang dibuat peminatnya boleh mendatangkan fitnah. Siti komen balas itu sebagai peringatan dan teguran buatnya,” katanya yang dipetik daripada portal Berita Harian semalam.
Turut memberikan pandangan peribadinya mengenai konflik mengaitkan penyanyi muda tersebut  dan pengamal media tempatan khususnya wartawan hiburan berbahasa Melayu, Siti mengingatkan tentang hubungan rapat media dan artis.
“Siti sebagai kakak kepadanya di dalam industri, dia perlu sentiasa berfikir panjang dulu dengan sebarang tindakan yang dibuat. Artis dan media saling memerlukan.
“Mungkin apa yang berlaku ini, dia terlepas pandang.Mungkin bukan dia yang tulis kenyataan sebegitu atau ada orang lain yang tulis.
“Tapi, nak lakukan apa-apa pun, kena banyak kali berfikir sebelum memuat naik sesuatu di laman sosial. Hal ini membabitkan artis dan media. Di mana dia bermula pun dengan bantuan rakan media,”antara petikan  kata-kata Dato’ Siti Nurhaliza semalam.
Difitnah telah merasuah para wartawan oleh peminat fanatik Shila Amzah di Instagram, ia membuatkan Siti Nurhaliza terpaksa  bersuara dan begitu juga pengurus peribadinya, Rozi Abd Razak yang turut  meminta para SitiZoners iaitu ahli kelab peminat Siti untuk menjaga tutur kata mereka di media sosial.
Salah seorang wakil SitiZoners melalui akaun EzSiti turut menyiarkan nasihat daripada Rozi tersebut dan ia telah disiarkan semula atau repost sebagai tanda setuju oleh Dato’ Siti Nurhaliza di laman sosial Instagramnya semalam.
Kita mengharapkan perkara yang positif dan nasihat ini dapat diterima dan dijadikan panduan untuk sesiapa juga yang kini mungkin diduga kekentalannya mengharungi dunia hiburan. Semua pihak main peranan, jangan sampai burukkan orang untuk naikkan nama selebriti kesayangan anda.

0 Response to "Luahan Hati Siti Nurhaliza Tentang Kes Difitnah Oleh Fans Shila Amzah"

Post a Comment