Suspek yang disyaki bertanggungjawab membocorkan kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) sehingga membuatkan seramai 473,175 calon terpaksa menduduki semula matapelajaran berkenaan 30 Septermber ini, dipercayai telah ditahan pihak polis baru-baru ini.
Utusan Malaysia difahamkan, guru tersebut telah ditahan di Johor hari ini dan sidang akhbar berhubung perkara berkenaan akan dibuat esok.
"Betul. Seorang guru telah ditahan di Johor," kata sumber kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan semalam mengumumkan kertas Sains 018, 028, 038 didapati bocor dan peperiksaannya yang dijadual hari ini terpaksa ditangguhkan.
0 Response to "Pembocor kertas soalan UPSR ditahan di Johor"
Post a Comment