Kerap juga kes penampakan lembaga misteri dalam gambar. Biasanya gambar berkenaan diambil secara spontan atau tidak disengajakan. Namun tidak kurang juga yang memang sengaja mengubahsuai gambar tersebut untuk mencari bahan sensasi.
Berbeza dengan gambar ini kerana ia didakwa dirakamkan oleh seorang lelaki dikenali Jabbar di lokasi kemalangan. Gambar yang dirakamkan Jabbar di lokasi kemalangan berkenaan mengundang seribu persoalan apabila kelibat makhluk yang tidak dikenali telah muncul semasa gambar diambil tanpa disedari. Kemalangan itu berlaku berdekatan Checkpoint Batu 32 Sandakan, Sabah pada pada 12:09 pagi.
Menurut Jabbar, ketika melalui jalan terbabit, beliau hanya mengambil gambar insiden kemalangan tersebut yang membabitkan sebuah lori treler terbalik dan tidak sama sekali menyangka terdapat satu objek pelik pada gambar terbabit. Kemunculan imej misteri terbabit menimbulkan rasa pelik dan seram kepada mereka yang melalui jalan tersebut.
“Saya sedar ada ‘sesuatu’ hanya selepas saya meneliti balik gambar ni. Inilah gambar yang saya dapat fresh-fresh dan hanya bulatan merah sahaja yang saya letakkan.” Jelas Jabbar mengenai gambar lembaga misteri tersebut.
Admin tidak pasti akan kesahihan info ini. Namun perkara sebegini ini boleh terjadi jika di izinkan oleh Nya. Jika benarlah, semua yang berlaku atas kehendak Allah S.W.T. Hanya Dia yang tahu apakah benda misteri ini.
sumber: Ammboi.com
0 Response to "Penampakan Lembaga Misteri Di Check Point,Sandakan"
Post a Comment