Luahan hati ibu Alif Aziz sendiri selepas tahu kes curi anaknya...

blogger templates
Ibu kepada penyanyi kelahiran Singapura Aliff Aziz, S Hafiza Basharahil mengambil pendirian tidak mahu mengulas dakwaan kes kecurian telefon seperti di paparkan di media cetak Singapura.
“Auntie tidak mahu beri sebarang komen, dikhuatiri akan bercanggah dan boleh menggangu proses mahkamah. Maafkan Auntie, kena tanya Aliff sendiri mengenai dakwaan itu,” katanya ketika dihubungi .
Berdasarkan keratan akhbar di Singapura, Aliff dikenakan denda sebang SGD 2000 (RM5000) atas kesalahan mencuri 2 jenis telefon bimbit. Model telefon yang disyaki Aliff mencuri ialah HTC One dan Samsung Note yang tiap satu berharga SGD800 (RM2000).
Aliff dipercayai telah mengambil telefon bimbit itu daripada seorang lelaki bernama Muhammad Norazlee Roslee pada atau sekitar 12.01 tengah malam di sebuah daerah di Singapura.
“Apa-apa pun Aliff kena jawab sendiri mengenai kes ini, Auntie mohon maaf sangat kepada semua pembaca dan peminatnya,” katanya.

0 Response to "Luahan hati ibu Alif Aziz sendiri selepas tahu kes curi anaknya..."

Post a Comment