Pencuri sebenar Telefon bimbit telah ditangkap - Alif Aziz

blogger templates


Meskipun nasi sudah menjadi bubur... namun bagi Aliff Aziz, 22, dia tetap menafikan yang dia pernah mencuri dua buah telefon bimbit sebagaimana yang didakwa. Katanya, pihak sebenar yang bertanggungjawab mencuri barangan itu telahpun ditahan oleh polis. 

Bagaimanapun, mengenai ditahan pihak berkuasa Singapura bagi membantu siasatan mengenai kes itu, dia mengakui hakikat tersebut. 

"Saya mengaku ditahan oleh pihak berkuasa ekoran kes kecurian telefon bimbit seperti mana didakwa tetapi saya tidak melakukan kesalahan itu. 

"Saya berada pada waktu dan tempat yang salah ketika kejadian itu dan saya telah memberikan kerjasama kepada polis untuk mereka menjalankan siasatan sepanjang kes itu," ujarnya dipetik sebagai berkata. 

Sebagai makluman, Aliff dilaporkan oleh akhbar Berita Harian Singapura telah dikenakan denda sebanyak $2,000 dolar Singapura (RM5,138) pada Jumaat lalu atas kesalahan mencuri dua buah telefon bimbit. Dia juga boleh dipenjarakan selama 20 hari sekiranya gagal membayar denda tersebut. 

Tambah laporan itu, Aliff melakukan kesalahan itu pada Mei lalu apabila dia dan seorang lagi rakannya dikatakan mencuri telefon berjenama HTC One dan Samsung Note 1 milik dua individu berbeza. 

Aliff dilaporkan telah didakwa pada 16 Ogos lalu atas kesalahan tersebut. 

Terdahulu, akibat kejadian itu pasport perjalanan antarabangsa Aliff telah dirampas pihak berkuasa Singapura sejak tiga bulan lalu namun ia akan dikembalikan dalam masa seminggu lagi. 

"Akibat kes tersebut saya terpaksa dipanggil ke balai polis untuk membantu siasatan dan memberi keterangan di mahkamah namun Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. 

0 Response to "Pencuri sebenar Telefon bimbit telah ditangkap - Alif Aziz"

Post a Comment