KL, 15 SEPT 2014: Pada 13 September lalu iaitu Sabtu baru-baru ini telah berlangsungnya sebuah konsert pertama terbesar buat penyanyi, Shila Amzah di tanah airnya setelah terlebih dahulu mengadakan konsertnya di China.
Sebagai rakyat Malaysia, Murai Batu amatlah berbangga dengan pencapaian penyanyi ini bukan sahaja di dalam malah di luar negara iaitu di China.
Bahkan, Murai Batu dengar ramai media-media Melayu sebelum itu ternanti-nantikan juga konsert penyanyi yang menjadi kebanggaan Negara ini.
Namun, khabarnya media Melayu amat kecewa apabila sehingga tibanya hari konsert, mereka tidak mendapat apa-apa jemputan untuk membuat liputan daripada pihak Shila Amzah.
Media Melayu juga terkejut mengapa Shila tidak menjemput mereka, adakah Shila sengaja atau hanya terlepas pandang? Namun mereka hanya berfikrian positif dan menyokong dari jauh sahaja.
Tapi apa yang membuatkan media Melayu berang hari ini apabila Shila Amzah memuat naik sebuah kapsyen dan foto di laman sosial Instagram miliknya dengan seolah-olah menuduh media Melayu sengaja tidak mahu membuat liputan dan menyokongnya di konsertnya.
Kapsyen itu seoalah-olah Shila hanya bangga dan gembira dengan media Cina di Malaysia dan juga media dari Negara China yang datang menyokong dan membuat liputan ke atas konsertnya itu sahaja.
Malah Shila juga sempat menuduh, sebelum ini media Melayu hanya mahu membuat liputan mengenai gosip serta cerita peribadinya berbanding karier serta kejayaannya.
Berikut merupakan kapsyen Shila tersebut:
0 Response to "Melampau! Shila Amzah tuduh media tempatan sembarangan.."
Post a Comment