Susulan daripada masalah rumahtangga yang berpunca daripada isu salah salah, produser filem penuh sensasi, Raja Azmi Raja Sulaiman, 56, mengakui bahawa sudah sebulan dia dengan suaminya, Mohd Eddie Ghazali, 46, tidak tinggal sebumbung.
“Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini saya dengan Eddie sedang membawa haluan masing-masing dan kami perlukan ruang untuk berfikir serta memperbaiki hubungan kami.
“Kenapa dan sebab apa perkara ini terjadi, saya tidak dapat menjelaskan dengan lebih lanjut. Biarlah ia menjadi rahsia peribadi kami. Lagipun apa yang saya lakukan ini adalah demi menghormati pihak keluarga masing-masing.
“Selagi mampu bertahan, kami akan cuba bertahan serta berusaha sedaya upaya untuk perbaiki serta selamatkan rumahtangga kami. Apapun saya reda dengan segala ketentuan Allah SWT,” kata Raja Azmi kepada portal Murai.
Raja Azmi Raja Sulaiman mendirikan rumahtangga dengan Eddie yang juga pemain bass kumpulan CRK pada 13 Oktober 2013 di Laman Beringin, Istana Budaya (IB).
Mula berkenalan pada 15 Februari tahun lalu sewaktu menonton showcase kumpulan NRG, Raja Azmi dan Eddie kemudian menjalinkan hubungan cinta hingga mengikat tali pertunangan pada 15 Julai tahun yang sama, diikuti dengan majlis pernikahan dan resepsi penuh meriah yang bertemakan garden wedding.
Jelas Raja Azmi kepada murai.com.my, siapa yang tidak sedih apabila rumahtangga yang dibina atas dasar cinta sama cinta dilanda badai.
“Tapi, apalah daya saya. Bak kata bait lagu Tan Sri P Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak, suami isteri. Pokok tidak akan bergoyang sendiri, kalau tanpa angin yang goncang.
“Tipulah saya kalau saya tidak kata saya sedih Setiap insan mengimpikan rumahtangga mereka kekal bahagia hingga ke hujung nyawa. Namun, dalam melayari kehidupan berumahtangga, kita sering diuji dengan pelbagai dugaan.
0 Response to "Punca sebenar Raja Azmi dan suami tidak tinggal sebumbung sebulan lebih"
Post a Comment